Wednesday, February 12, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Britain perkuat KDNK dalam suku keempat

    LONDON, 5 Nov – Ekonomi Britain pada awal suku keempat mencatat prestasi kukuh, data tinjauan baru menunjukkan, yang merujuk kepada pertumbuhan yang mungkin mengatasi jangkaan bank pusat.

    Data tinjauan yang dikeluarkan pada Jumaat oleh Markit/CIPS menunjukkan indek pengurus pembelian (PMI) untuk sektor perkhidmatan meningkat kepada 55.6 pada Oktober daripada 53.6 pada September, di mana 50 ke atas menandakan pertumbuhan.

    Ia menandakan satu perubahan daripada tahap rendah 11 bulan sebanyak 53.2 yang dicatat pada Ogos, dan melebihi purata 53.5 pada suku ketiga dalam data tinjauan.

    Ia menandakan satu perkembangan dalam pertumbuhan perkhidmatan suku daripada kadar 0.3 peratus pada suku ketiga kepada kira-kira 0.7 peratus.

    Indeks aktiviti masa depan dalam tinjauan meningkat daripada 63.9 kepada 64.3, dan indeks tempahan baru bertambah daripada 53.3 kepada 54.8, melebihi purata untuk empat bulan lalu.

    Kemerosotan berterusan dalam indeks harga input kepada tahap paling rendah dalam tempoh setahun, menandakan kesan inflasi kemuncak kemerosotan mendadak mata wang sterling selepas referendum Brexit pada tahun lalu sudah hampir mencecah tahap kemuncak.

    Sektor perkhidmatan adalah paling berpengaruh dalam ekonomi Britain, menyumbang kepada 77 peratus daripada aktiviti ekonomi, bagaimanapun angka PMI tidak mengandungi elemen jualan runcit. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda