Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Britain sedia sistem sekatan tiga tingkat

    LONDON, 11 OKT – Perdana Menteri Britain Boris Johnson dijangka merangka satu sistem sekatan tiga-tingkat baharu tatkala kadar jangkitan koronavirus meningkat terutamanya di utara bandar England.

    Menerima kritikan selepas kebocoran media membutirkan rancangan kerajaan tanpa rundingan dengan pemimpin tempatan, Johnson akan mengeluarkan satu kenyataan kepada parlimen esok selepas berhubung dengan rantau yang terjejas.

    Ketua penasihat strategik beliau Edward Lister pada Jumaat menulis kepada ahli parlimen yang mewakili kerusi di utara England, berikutan mesyuarat dengan pemimpin serantau, untuk mengingatkan mereka ‘kemungkinan besar’ rantau perlu mematuhi peraturan lebih ketat.

    “Kerajaan akan membincang set langkah dengan pemimpin tempatan yang kesemuanya membabitkan pilihan sukar,” tulis beliau, dengan mesyuarat diteruskan pada hujung minggu.

    Beberapa bandar gabungan di utara England telah dikenakan pelbagai kawalan ke atas kehidupan sosial seperti pengharaman ke atas perhimpunan keluarga, namun kawasan selatan telah terlepas sekatan lebih ketat untuk sekarang.

    Seorang pelayan menghidangkan kopi kepada seorang pelanggan di meja di luar sebuah restoran di barat London kelmarin. Perdana Menteri Boris Johnson dijangka merangka sistem sekatan baharu hari ini tatkala jangkitan virus meningkat. – AFP

    Sistem tiga tingkat itu bertujuan menjelaskan peraturan untuk England yang telah diubahsuai sejak kadar jangkitan mula meningkat sekali lagi pada September, menurut laporan.

    Scotland, Wales dan Ireland Utara mempunyai kerajaan sendiri dan sistem kesihatan berasingan.

    Tahap tertinggi baharu untuk England, tingkat tiga, dijangka dilaksanakan di luar sekatan yang dikenakan seperti sekatan untuk bar, dan menutup tempat perjumpaan am.

    Tidak ada kontak sosial dibenarkan di luar keluarga individu itu sendiri, termasuk di luar rumah.

    Datuk bandar Liverpool Joe Anderson memberitahu BBC semalam bahawa beliau menjangka bandar utara dikenakan sekatan tiga tingkat mulai Selasa. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda