Thursday, September 19, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    British Airways gantung penerbangan London-Beijing mulai Oktober

    LONDON, 9 OGOS – British Airways mengumumkan bahawa syarikat penerbangan itu akan ‘menghentikan’ penerbangan langsung antara London dan Beijing mulai 26 Oktober ini, menjadikannya syarikat penerbangan Barat terbaharu yang mengawal laluan ke China.

    Langkah itu diambil susulan sekatan ruang udara ke atas Rusia yang dikuatkuasakan selepas pencerobohan negara itu ke atas Ukraine pada 2022, menyebabkan Kesatuan Eropah menutup ruang udaranya kepada penerbangan Rusia.

    Sekatan tersebut memaksa penerbangan antara Eropah dan China mengambil laluan alternatif yang lebih jauh dan mahal, bagi mengelakkan ruang udara Rusia.

    Menurut kenyataan British Airways, syarikat itu juga memaklumkan bahawa permintaan untuk perjalanan ke China, terutamanya dalam sektor korporat, semakin berkurangan.

    “Kami akan menghentikan laluan ke Beijing mulai 26 Oktober 2024, dan pelanggan yang terjejas akan dihubungi untuk pilihan penjadualan semula atau bayaran balik penuh,” menurut kenyataan itu lagi.

    Bagaimanapun, syarikat penerbangan tersebut berkata ia masih akan terus mengendali penerbangan harian ke Shanghai dan Hong Kong. – AFP

    Jet supersonik British Airways Concorde G-BOAD (Alpha Delta) yang ikonik kelihatan di bawah Jambatan Brooklyn di New York pada 13 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda