Friday, May 9, 2025
31.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    British Airways umum tempahan Boeing terbesar

    LONDON, 28 Feb – British Airways hari ini mengumumkan perjanjian berbilion dolar untuk membeli 42 jet penumpang Boeing 777 yang cekap bahan bakar, selepas Airbus berkata ia tidak lagi menghasilkan superjumbo A380.

    Syarikat induk IAG itu berkata syarikat penerbangan Britain itu akan membeli 18 pesawat Boeing 777-9 dan 24 lagi pesawat Amerika Syarikat pilihan yangboleh membawa jumlah kos kepada AS$18.6 bilion (16.3 bilion euro) pada harga senarai.

    Ia datang tatkala IAG, yang memiliki beberapa syarikat penerbangan termasuk Iberia dan Aer Lingus, berkata keuntungan bersih kumpulan itu tahun lepas melonjak 45 peratus kepada 2.9 bilion euro dengan jumlah penumpang yang lebih tinggi dan kos yang lebih rendah.

    Ia merupakan salah satu tempahan terbesar dalam Boeing, ketua eksekutif IAG, Willie Walsh berkata dalam satu kenyataan bersama.

    “777-9 baharu adalah pesawat penerbangan jarak jauh yang paling cekap di dunia dan akan memberi banyak manfaat kepada armada British Airways.

    British Airways mengumumkan perjanjian berbilion dolar untuk membeli 42 jet penumpang Boeing 777 yang cekap bahan bakar, selepas Airbus berkata ia tidak lagi menghasilkan superjumbo A380. – AFP

    “Ia adalah pengganti ideal untuk 747 dan saiznya juga sangat sesuai untuk rangkaian sedia ada bagi syarikat penerbangan itu,” tambah Walsh.

    Awal bulan ini, pembuat pesawat Eropah, Airbus berkata ia akan berhenti menghasilkan superjumbo A380.

    Sebelum pengumuman Airbus, Walsh telah berkata bahawa IAG ‘sangat gembira’dengan 122 A380 yang dikendalikan oleh BA dan mengiktiraf pesawat itu ‘sangat baik’.

    Walau bagaimanapun, Walsh telah mengkritik kos tinggi A380, menunjuk kepada ‘persaingan hebat’yang kini wujud antara pengilang pesawat.

    Bercakap tentang perjanjian Boeing-BA, Kevin McAllister, presiden dan CEO Boeing Commercial Airplanes, berkata dalam kenyataan hari bahawa “The 777-9, khususnya, tidak mempunyai pesaing dalam kelasnya apabila ia berkaitan dengan kecekapan dan prestasi.

    “Ia adalah pesawat berukuran tepat bagi British Airways untuk berkhidmat dengan cekap dengan laluan jarak jauh dan membawa bilangan penumpang yang ramai.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda