Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Britney Spears alami serangan panik sebelum majlis kahwin

    Insiden pencerobohan oleh bekas suami tidak menjejaskan majlis perkahwinan penyanyi Britney Spears dengan Sam Asghari yang berlangsung pada Jumaat lalu.

    Berkongsi mengenai majlis tersebut, Britney mendedahkan dia mengalami serangan panik sebelum acara itu berlangsung.

    Bagaimanapun, Britney tetap melahirkan rasa gembira apabila majlis idamannya dihadiri rakan selebriti seperti Drew Barrymore, Selena Gomez, dan Paris Hilton.

    “Saya sangat gementar sepanjang pagi tapi pukul 2 petang benar-benar mengejutkan saya, saya alami serangan panik dan kemudian dapat mengawalnya.

    “Semua orang yang terlibat dalam majlis saya hebat. Majlis itu seperti impian menjadi kenyataan. Ramai orang hebat datang ke majlis perkahwinan kami dan saya masih terkejut.

    Britney Spears dan Sam Asghari melangsungkan pernikahan mereka pada Jumaat lalu. – Agensi

    “Malah idola saya Drew Barrymoore dan Selena Gomez yang sangat cantik juga datang. Saya tak terkata,” kata Britney.

    Majlis perkahwinan penyanyi pop Britney Spears yang berlangsung di Los Angeles, AS dicemari dengan insiden pencerobohan oleh bekas suaminya, Jason Alexander.

    Jason dilihat merakam dirinya sendiri yang hadir sebelum majlis berlangsung di kediaman Spears seperti yang dilaporkan TMZ.

    Dia kemudian ditahan polis Ventura County namun pihak berkuasa belum menetapkan sebarang kesalahan terhadap lelaki tersebut.

    Untuk rekod, Alexander dan Spears berkahwin pada 2004 dan perkahwinan mereka hanya bertahan selama 55 jam sahaja.

    Sementara itu, Spears memilih jurulatih peribadinya Sam Asghari sebagai suami selepas mereka berjumpa ketika sama-sama terlibat dalam muzik video Slumber Party pada 2016. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...