Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Britney Spears dikecam tak jaga kebersihan rumah

    Perkongsian video oleh penyanyi Britney Spears yang memperlihatkan keadaan sekeliling rumahnya mengundang kecaman banyak pihak.

    Ramai yang mengkritik penyanyi ini kerana keadaan dalaman kediaman berkenaan terlalu kotor dan menjijikkan.

    Bukan hanya bersepah dengan barang berselerakan, malah ada juga yang ternampak kesan najis anjing dalam video berkenaan.

    Dalam masa sama peminat turut menzahirkan rasa simpati dan bimbang kerana kotor sebegitu boleh memberi kesan kepada kesihatan penyanyi itu.

    Menjawab setiap kritikan, kata Britney orang ramai seolah tidak faham apa yang dia lalui.

    Malah dia juga secara terbuka menyelar pandangan luar tanpa mengetahui hal sebenar.

    “Malu pada mereka yang menilai rumahku ketika aku hanya memakai baju tidur,” ujarnya. – Agensi

    Keadaan rumah Britney Spears yang dilihat bersepah serta menjijikan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda