Penyanyi terkenal dan hidup mewah, Britney Spears tidak malu menaiki kereta jenama Nissan Sentra.
Lebih mengagumkan, Britney, 43, memandu sendiri kereta tersebut ketika ingin melakukan aktiviti berkuda baru-baru ini.
“Saya memandu kereta baru tapi tidak tahu model ini jenis apa. Rasanya ini Nissan atau mungkin jenis lain.
“Saya bersemangat sebab nak pergi menunggang kuda. Jom ikut saya!,” katanya.
Britney berkongsi perkara itu menerusi perkongsian video di Instagram miliknya pada Rabu lalu.
Dalam pada itu, Britney dilihat lebih selesa menjalani kehidupan sederhana walaupun mampu hidup mewah seperti mana selebriti lain.
Ramai juga merasakan kehidupan penyanyi terkenal itu semakin tenang sejak dia bebas daripada cengkaman bapa sendiri yang mengawal kehidupannya sejak 13 tahun lalu. – Agensi