Entah apa yang difikirkan oleh penyanyi terkenal ini. Britney Spears telah mengumumkan kepada umum bahawa dia telah pun ‘mengahwini’ dirinya sendiri.
Menerusi satu hantaran di Instagram, ibu kepada dua cahaya mata itu tampil mengenakan busana gaun satin berona putih siap dengan layah labuh mencecah lantai.
“Hari yang mana saya mengahwini diri saya sendiri. Berkongsi video ini kembali kerana ia mungkin memalukan atau kelihatan bodoh.
“Tetapi saya rasa ini adalah salah satu perkara paling menakjubkan yang pernah saya lakukan,” tulis Britney pada kapsyen hantaran tersebut.
Imbas kembali, penyanyi yang diberi gelaran Princess of Pop itu pernah berkahwin sebanyak tiga kali sebelum ini.
Memetik laporan Media Hiburan, suami pertamanya adalah rakan sekolahnya sendiri, Jason Allen Alexander, yang dikahwini selama 55 jam sahaja pada 2004.
Kemudian dia berkahwin dengan penari, Kevin Federline, pada tahun yang sama sebelum bercerai pada 2007. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki. – Agensi