Friday, July 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Bronny James kembali beraksi

    LOS ANGELES, 11 DIS – Bronny James, anak lelaki kepada bintang NBA LeBron James berusia 19 tahun, membuat penampilan sulung bola keranjang kolej kelmarin kurang daripada lima bulan selepas mengalami serangan jantung semasa latihan.

    Bronny James diturunkan dari bangku simpanan pada separuh masa pertama semasa kekalahan University of Southern California (USC) kepada Long Beach State 84-79 pada waktu tambahan.

    James bermain 16 minit, mendapat empat mata dengan tiga rebound, dua assists, dua steal dan satu block.

    Dia diberi kelulusan perubatan untuk kembali ke aktiviti bola keranjang pada bulan November dan kembali berlatih bersama rakan sepasukan USC tidak lama selepas itu.

    James, seorang pemain sekolah menengah yang dipandang tinggi kerana bapanya, memilih untuk bermain untuk USC pada bulan Mei.

    Tetapi pada latihan Julai lalu dia telah rebah dan dimasukkan ke hospital selama tiga hari.

    Keluarganya mendedahkan pada bulan Ogos dia telah didiagnosis dan dirawat akibat kecacatan jantung sejak lahir.

    Bronny James tidak menjawab soalan daripada wartawan selepas perlawanan, tetapi berkata dia ‘berterima kasih untuk segala-galanya.’- AFP

    Pemain guard USC, Bronny James (kanan) membuat lontaran ketika penyerang State, Lassina Traore, bertahan semasa separuh masa pertama permainan bola keranjang kolej NCAA, di Los Angeles, pada 10 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir: Sembilan maut, jutaan terjejas

    GUWAHATI, 4 JULAI – Hujan lebat dan sungai melimpah di timur laut India dan negara jiran, Bangladesh, telah meragut sekurang-kurangnya sembilan nyawa, menurut pegawai...