Friday, March 31, 2023
27.2 C
Brunei

-

Bront Palarae dilantik duta Miffest

Pelakon hebat yang telah berjaya mencipta nama bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia iaitu Bront Palarae berkongsi rasa teruja apabila dilantik sebagai duta Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) buat kali keempat.

Bront Palarae sebagai duta festival menyatakan bahawa dia mahu membantu untuk menjalinkan hubungan dengan komuniti antarabangsa.

“Kita mahu membantu menghubungkan mereka dengan komuniti antarabangsa, dan pada masa yang sama bila ada juri datang semua, kita pun boleh tolong hiburkan,” katanya.

Sekarang kita sudah memasuki era pasca wabak, tidak ada keperluan yang lebih besar untuk pembikin filem  dan penggiat industri  untuk lebih bersemangat dan kreatif dalam industri ini.

Dalam pada itu, BMW Group Malaysia telah mengumumkan usaha samanya dengan MIFFest untuk edisi BMW Shorties yang ke-17, yang berhasrat untuk mengangkat pembikin filem dan konten digital tempatan ke aras yang lebih tinggi dengan meluaskan peluang untuk mereka menempa nama di persada antarabangsa.

Sementara itu, MIFFest juga telah mengumumkan acara festivalnya yang akan datang, mengambil tempat dari 23 hingga 29 Julai 2023, dengan susunan aneka program sepanjang minggu tersebut, ia termasuk tayangan filem, kelas pakar dan peluang untuk berhubung dengan warga industri. 

Pemenang hadiah utama bagi pertandingan BMW Shorties 2023 akan dianugerahkan sebuah geran produksi bernilai RM80,000 untuk pembikinan filem pembiayaan BMW Shorties mereka.

Di samping itu, pelbagai faset pembikinan filem juga akan diiktiraf melalui kategori penganugerahan seperti Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Sinematografi Terbaik, Rekaan Produksi Terbaik, Suntingan Terbaik, Rekaan Bunyi Terbaik, Anugerah Pilihan Popular, serta Anugerah Filem Pendek Terbaik oleh Pelajar. – Agensi

Bront Palarae dilantik sebagai duta MIFFest buat kali keempat. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -