Wednesday, April 23, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brooklyn Beckham temui kekasih baru

    ANAK kepada pemain bola sepak dunia, David Beckham iaitu Brooklyn Beckham dikatakan sudah mempunyai kekasih baru selepas putus cinta dengan pelakon Chole Grace Moretz.

    Menerusi laporan dipetik dari E News, Brooklyn dan Madison tidak mahu membuang masa dan mereka kini di fasa mengenali hati budi masing-masing.

    Foto pasangan tersebut keluar bersama ketika berada di Los Angeles yang dirakam jurugambar bebas mendapat perhatian ramai.

    Menurut sumber, Brooklyn dan Madison juga pernah dilihat makan malam bersama ibunya, Victoria Beckham di West Hollywood.

    Brooklyn Beckham dikatakan hangat menjalin hubungan percintaan dengan Madison Beer.
    Brooklyn Beckham dikatakan hangat menjalin hubungan percintaan dengan Madison Beer.

    “Mereka berdua pernah dilihat makan malam bersama ibu Brooklyn, Victoria Beckham. Nampaknya, hubungan pasangan ini semakin serius,” kata sumber.

    Pada awal bulan Julai, bekas kekasih Madison iaitu Jack Gilinksky pernah memberikan komen negatif terhadap wanita tersebut.

    Namun, Gilinsky memberitahu bahawa kenyataan tersebut telah dikeluarkan pada tahun lalu dan memohon maaf atas keterlanjuran kata.

    Sementara itu, hubungan cinta Brooklyn dan Chloe telah berakhir pada penghujung tahun 2016.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda