Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brooklyn Nets tersungkur lagi

    NEW YORK, 2 NOV – Serangan bertubi-tubi pemain Chicago Bulls, Zach LaVine pada suku keempat menambah derita Brooklyn Nets dengan kekalahan 108-99, kelmarin.

    Kekecohan yang bermula dengan pemecatan ketua jurulatih Brooklyn, Steve Nash berakhir dengan the Nets mensia-siakan kelebihan 12 mata pada suku ketiga dengan kemenangan Chicago di Barclays Center.

    Jurulatih sementara, Jacque Vaughn mengambil alih pasukan Nets, namun hanya mampu kecewa melihat Brooklyn tersingkir pada suku keempat.

    Chicago mengatasi Nets 31-19 pada suku keempat, dengan LaVine menyumbang 20 mata pada penghujung babak perlawanan dengan jumlah keseluruhan jaringan sebanyak 29 mata, termasuk lima assists dan empat rebounds.

    DeMar DeRozan memberi serangan bertubi-tubi dengan jaringan 20 mata, manakala Goran Dragic mencatat 15 mata dan Patrick Williams 12 mata. Ayo Dosunmu menambah 17 mata dari bangku.

    Sementara itu, Kevin Durant dari Nets menyumbangkan 32 mata dengan sembilan rebounds dan enam assists. Royce O’Neale menambah 20 mata, Yuta Watanabe dan Nic Claxton masing-masing menjaringkan 10 mata. Kyrie Irving mengharungi malam yang penuh dukacita untuk Brooklyn apabila hanya mampu menjaringkan empat mata.

    Durant mengaku pemecatan mendadak Nash telah mengganggu fikirannya beberapa jam sebelum perlawanan bermula, sambil menyatakan dia mengetahui mengenai berita itu melalui televisyen.

    “Saya bangun tidur dan mengetahui mengenai berita itu melalui ESPN. Saya sangat terkejut. Awda pasti terkejut apabila perkara seperti ini berlaku, tapi ia adalah normal dalam NBA.

    “Jadi saya bangun dan bersedia untuk perlawanan. Ia adalah perkara biasa dalam liga – tetapi ia berada dalam fikiran saya pada hari ini,” kata Durant. – AFP

    Aksi Nic Claxton (tengah) ketika bersaing dalam perlawanan antara Brooklyn Nets dan Chicago Bulls di New York, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda