Tuesday, April 8, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brooklyn, Romeo bermasam muka gara-gara seorang wanita

    Anak lelaki kepada bintang bola sepak David Beckham iaitu Brooklyn dan Romeo bermasam muka gara-gara seorang wanita dikenali sebagai Kim Turnbull.

    Memetik laporan TMZ, Turnbull dikatakan pernah menjalinkan hubungan dengan Brooklyn beberapa tahun lalu sebelum bercinta dengan Romeo.

    Khabar angin mengenai pertengkaran dua beradik itu tercetus apabila Romeo membawa kekasihnya ke pesta ulang tahun David yang ke-50 tahun di Miami baru-baru ini.

    Malah kelibat Brooklyn dan isterinya, Nicola Peltz Beckham juga tidak kelihatan pada acara itu.

    Tidak hanya itu, Romeo juga tidak menyebut nama Brooklyn ketika memuat naik foto majlis ulang tahun ayah mereka di Instagram.

    “Keluarga adalah segala-galanya, sayang kamu semua,” tulisnya di Instagram.

    Sebelum ini, Brooklyn dan isteri juga tidak menghadiri pertunjukkan fesyen anjuran ibunya kerana alasan sama.

    Bagaimanapun, mereka sekeluarga memilih mengunci mulut berhubung khabar angin tersebut.

    Untuk rekod, Romeo dan Turnbull mula bercinta sejak November 2024. – Agensi

    Brooklyn (kiri), David (tengah), Romeo dan Turnbull jadi bualan warganet. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda