Tuesday, September 17, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brotherhood anjur kempen derma darah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JULAI – Kumpulan Brotherhood, sebuah pertubuhan kebajikan tempatan, mengadakan kempen derma darah kelmarin yang bertujuan untuk menyokong tabung darah negara supaya mencukupi.

    Muhammad Esa Liew bin Abdullah, 43, penderma darah tetap, menekankan kesan mendalam menderma darah. “Mengetahui tentang pendermaan darah boleh menyelamatkan nyawa dan membantu mereka yang memerlukan,” kongsinya dengan Media Permata.

    Muhammad Esa Liew, salah seorang penderma yang menyertai kempen berkenaan.

    Beliau menambah bahawa amalan menderma darah dapat meningkatkan kesihatan diri adalah satu lagi sebab beliau kerap menderma darah.

    Acara berkenaan bukanlah acara pertama diadakan oleh Brotherhood, mereka juga telah mengadakan aktiviti kebajikan di Tasek Merimbun untuk membantu mangsa banjir dengan sumbangan makanan dan keperluan asasi. Berikutan itu, Kumpulan Ikhwan, juga turut turun padang untuk menjalankan kempen derma darah selama dua hari.

    Freddie Tse Tow, ahli pertubuhan itu, menyatakan negara sentiasa memerlukan darah untuk membantu mereka yang memerlukan. Maka dengan ini, kempen berkenaan menetapkan mencapai sasaran iaitu mencari seramai 200 orang penderma selama 2 hari kempen berkenaan berlangsung.

    Acara derma darah berkenaan telah diadakan kelmarin dengan 42 penderma yang mendaftar dan sebanyak 40 pain darah telah berjaya dikumpulkan.

    Suasana semasa kempen berkenaan diadakan.

    Bagi menunjukkan penghargaan atas kemurahan hati para penderma, hadiah saguhati juga telah diedarkan kepada para penderma.

    Acara itu turut dianjurkan dengan kerjasama Restoran Tao Yuan Yi, sebagai mencerminkan usaha bersatu untuk memberi kembali kepada negara dan membantu masyarakat.

    Antara penderma yang menerima hadiah dari penganjur.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda