PALERMO, ITALI, 24 MAC – Marcelo Brozovic telah menandatangani pelanjutan kontraknya bersama Inter Milan yang akan mengekalkannya di kelab itu sehingga 2026, kata juara Itali itu semalam.
“FC Internazionale Milano telah mengumumkan bahawa me-reka telah mencapai perjanjian untuk melanjutkan kontrak Marcelo Brozovic. Pemain tengah berusia 29 tahun itu akan menjadi pemain Inter sehingga 30 Jun 2026,” kata kelab dalam satu kenyataan.
Pemain tengah Croatia, Brozovic telah menyertai Inter sejak 2015 dan memainkan peranan penting dalam pasukan Simone Inzaghi, yang sedang mengharungi prestasi teruk yang telah menjejas harapan mereka untuk mengekalkan kejuaraan mereka.
Inter menduduki tempat ketiga dalam Serie A, enam mata di belakang pendahulu dan pesaing tempatan AC Milan selepas mendahului sebanyak empat mata pada awal tahun ini.
Brozovic telah beraksi 70 kali untuk negaranya, membantu pasukannya memasuki final Piala Dunia pada 2018. – AFP