Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bruce Willis hidap demensia

    Pelakon terkenal Bruce Willis disahkan menghidap penyakit demensia selepas hampir setahun berehat daripada dunia seni.

    Sukar menerima kenyataan tersebut, isteri aktor berusia 68 tahun itu, Emma Heming bagaimanapun meluahkan rasa lega apabila penyakit Bruce berjaya dikesan awal dan rawatan segera dapat dilakukan.

    “Sejak mengumumkan Bruce menghidap penyakit afasia tahun lalu, keadaannya bertambah baik dan sekarang kami dapat tahu lebih spesifik mengenai keadaannya iaitu frontoremporal demensia atau FTD.

    “Kesukaran dalam komunikasi satu-satunya simptom dialami Bruce. walaupun ini menyakitkan namun kami lega kerana mendapat tahu penyakit sebenar dialaminya.

    “Buat masa sekarang tiada rawatan untuk demensia tetapi kami harap ia akan berubah pada masa akan datang,” katanya menerusi Instagram miliknya.

    Perkara sama turut dikongsi bekas isteri Bruce iaitu pelakon Demi Moore.

    Dalam kenyataan tersebut mereka berharap penyakit dihadapi Bruce dapat memberi kesedaran awam tentang demensia dan berharap penawarnya dapat ditemui suatu hari nanti.

    Keluarga pelakon filem Die Hard ini turut meluahkan penghargaan buat peminat yang memberi sokongan terhadap Bruce dalam tempoh sukar ketika ini. – Agensi

    Penyakit Bruce tidak boleh dirawat. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda