Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan telah memaklumkan aplikasi BruHealth dan kesemua perkhidmatan BruHealth kembali beroperasi pada pukul 4 petang ini.
Kementerian itu juga merakamkan penghargaan kepada semua premis perniagaan kerana telah menyediakan buku log untuk mencatat maklumat pelawat sepanjang tempoh itu.
Semua premis perniagaan dinasihatkan untuk menggunakan kod QR BruHealth dan terus menggunakan buku log bagi mereka yang tidak dapat menggunakan aplikasi BruHealth.
Bagi pengguna-pengguna yang telah membuat tempahan bagi perjanjian di klinik-klinik kesihatan dan pusat-pusat kesihatan, mereka dipohonkan untuk sekali lagi membuat tempahan-tempahan tersebut dalam aplikasi BruHealth.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, mereka boleh menghubungi Talian Darussalam 123 pada bila-bila masa dan Talian Nasihat Kesihatan 148 semasa waktu pejabat.