Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    BRUKAF anjur latihan gabungan besar-besaran karate

    TUTONG, 23 NOV – Persekutuan Karate Brunei Darussalam (BRUKAF) pada 19 November lalu telah mengadakan latihan gabungan bersama 124 ahli karate dari semua kelab karate di negara ini di Kompleks Sukan Tutong, di Daerah Tutong.

    Latihan gabungan itu merupakan kali kedua diadakan di mana pertama kali ia diadakan pada 27 Disember 2020 oleh kelab karate JKMO Shotokan Brunei Darussalam yang bertujuan bagi menyatukan semua kelab karate Brunei Darussalam di satu tempat dan mengenal sesama sendiri sambil bertukar-tukar pengalaman dan juga teknik karate.

    Di samping itu, latihan tersebut juga dapat menanamkan sifat perpaduan sesama mereka dan berkemungkinan juga akan mampu mengembangmajukan sukan karate di Brunei Darussalam.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut ialah Presiden BRUKAF, Pengiran Haji Yura Kesteria bin Pengiran Setia Negara (Dr) Haji Mohd Yusof dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Jepun ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Maeda Toru.

    Acara tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengiran Haji Yura Kesteria dan seterusnya menyaksikan pertunjukkan dari kumpulan Kata Perempuan, pemenang pingat gangsa Asian Game Hangzhou 2022, diikuti dengan latihan pemanasan badan yang diketuai oleh Ketua Jurulatih Kelab IKGA Brunei Darussalam, Muhamad Shukri bin Haji Masri.

    Acara kemudian diteruskan dengan Latihan Kihon Kumite dan juga latihan berpasangan yang diketuai oleh jurulatih jemputan dari Jepun, Shihan Hideki Wakasugi yang juga merupakan bekas jurulatih kebangsaan sukan karate Brunei Darussalam dari tahun 1994 hingga 1999.

    Turut hadir pada acara tersebut ialah ahli-ahli Eksekutif BRUKAF.

    Sebahagian peserta yang hadir bagi mengikuti sesi latihan tersebut di Kompleks Sukan Tutong. – GAMBAR SERAHAN BRUKAF
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...