Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei antara 10 negara boleh guna pagar automatik KLIA

    SEPANG, 27 FEB – Pagar automatik atau ‘auto-gate’ bagi urusan ketibaan dan kepulangan warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dibuka pada waktu puncak bermula hari ini.

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata terdapat 10 ‘auto-gate’ di balai ketibaan yang akan dibuka untuk warga asing terutama dari 3 petang hingga 11 malam bagi mengurangkan kesesakan di pintu masuk negara.

    Di balai pelepasan KLIA juga terdapat 10 ‘auto-gate’ untuk warga asing.

    Beliau berkata kemudahan berkenaan boleh dimanfaatkan oleh warga asing dari 10 negara berisiko rendah iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Australia, New Zealand, Singapura, Jepun, Korea Selatan, Brunei dan Arab Saudi.

    “Penentuan 10 negara tersebut berdasarkan kepada analisis faedah kos iaitu mengambil kira bahawa peluasan kemudahan pagar automatik bakal memberi manfaat kepada kira-kira 855,000 pelawat atau 27.1 peratus daripada keseluruhan pelawat asing yang memasuki Malaysia,” katanya.

    Bercakap pada sidang media selepas meninjau kemudahan berkenaan di KLIA di sini hari ini, Saifuddin Nasution berkata inisiatif itu diambil Jabatan Imigresen untuk memberikan keselesaan kepada pelancong. – Bernama

    Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika melawat kaunter Autogate Jabatan Imigresen pada Pelancaran Peluasan Kemudahan Autogate kepada Pengembara Asing di (KLIA) pada 27 Februari. – Bernama

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda