Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Brunei antara negara memiliki dasar perjalanan ketat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Brunei Darussalam, Hong Kong, Bhutan, Taiwan, Samoa, Vanuatu, Jepun, China dan Laos disenaraikan sebagai destinasi yang mempunyai keadaan yang paling kurang menggalakkan untuk memulihkan industri pelancongan mereka yang dilanda pandemik dalam kalangan destinasi Asia Pasifik, menurut indeks Asia Travel-Ready (ATR) 2022 yang dikeluarkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU), baru-baru ini.

    Negara berprestasi terbaik dalam Indeks, termasuk Fiji, Maldives dan Sri Lanka, telah melonggarkan sekatan visa dan kemasukan mereka sejak 2021 atau lebih awal.

    Gabungan liputan vaksinasi yang lebih luas dan berkesan serta kebergantungan yang lebih besar terhadap pelancongan telah membawa negara-negara tersebut kepada dasar perjalanan yang kurang ketat.

    Varian Omicron yang menular telah mempercepatkan penumpuan profil penularan COVID di seluruh dunia, menjadikan langkah-langkah sempadan kurang bermakna.

    Ini telah mempercepatkan pembukaan semula negara, dengan Thailand, Malaysia, Vietnam, Singapura dan Filipina mengumumkan liberalisasi secara meluas pada Mac atau April.

    Ekonomi Asia timur laut, yang kurang bergantung pada pelancongan, lebih perlahan untuk dibuka semula.

    Gambar fail menunjukkan keadaaan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei semasa sekatan perjalanan keluar dan masuk negara sebelum Fasa Awal Endemik. – Gambar hiasan

    Sementara itu, China, bersama dengan wilayahnya di Hong Kong dan Macau, akan memegang dasar dynamic zero COVID untuk sekurang-kurangnya bagi tahun 2022.

    Walaupun Macau mendapat manfaat daripada pengaturan dua hala di mana pelancong China boleh melawat wilayah itu tanpa kuarantin, Hong Kong, hab perdagangan dan kewangan global, akan menderita kerana ia kehilangan hubungan dengan dunia.

    “Gabungan liputan vaksinasi yang lebih luas dan lebih berkesan serta pergantungan yang lebih besar pada pelancongan telah memberikan dasar perjalanan yang kurang ketat,” kata EIU.

    Kesan ekonomi negatif pandemik COVID sangat mendalam untuk perkhidmatan pelancongan, di tengah-tengah penutupan sempadan yang meluas pada tahun 2020 dan rejim perjalanan dan kuarantin yang ketat pada tahun 2021.

    Industri pelancongan adalah penting untuk ekonomi Asia, dengan perbelanjaannya berjalan bersamaan dengan lebih daripada 10 peratus daripada KDNK secara purata.

    Negara pulau seperti Maldives, Vanuatu dan Fiji, di samping ekonomi negara kota seperti Macau dan Hong Kong, adalah antara yang paling bergantung pada pelancongan.

    Pada tahun ini, inisiatif membuka semula sempadan dan menarik pelancong antarabangsa akan menjadi keutamaan bagi ekonomi yang bergantung kepada pelancongan untuk menyokong pemulihan.

    Meluaskan akses dan liputan vaksin, bersama-sama dengan sifat mematikan COVID yang semakin berkurangan, memberi peluang kepada ekonomi Asia untuk membuka semula dengan yakin.

    ATR menilai prospek pemulihan pelancongan merentas ekonomi Asia.

    Indeks kita merangkumi tiga faktor yang mungkin mempengaruhi liputan vaksinasi sentimen pelancong antarabangsa di destinasi; kemudahan perjalanan ke destinasi; dan keperluan kuarantin apabila mereka kembali ke tempat kediaman mereka.

    Indeks tersebut memberikan penumpuan lebih besar kepada faktor sekatan berbanding dengan vaksinasi.

    Persepsi orang ramai terhadap COVID menjadi lebih kurang khawatir, disebabkan daripada vaksinasi dan kesan teruk virus yang semakin berkurangan.

    Sekatan, sebaliknya, memerlukan masa dan kos yang besar daripada pengembara, dan merumitkan rancangan perjalanan.

    Di luar kebimbangan mengenai vaksinasi dan sekatan tempatan, keperluan ujian, rawatan pengembara yang dijangkiti COVID dan ketidakpastian dalam dasar sempadan juga merupakan punca penting untuk dibimbangkan.

    Syarat-syarat itu boleh membawa kos pematuhan ke tahap yang setanding dengan yang berkaitan dengan tambang penerbangan atau penginapan pergi balik.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...