BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menyokong sidang Majlis Ugama Islam (MUIB) pada 6 Jun lalu, Negara Brunei Darussalam hari ini memutuskan pembatalan penghantaran jemaah haji negara pada tahun 1441H/2020M.