Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei capai 72.8 peratus kadar vaksinasi lengkap

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Seramai 7,656 orang di seluruh negara telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kelmarin, termasuk 2,797 daripada golongan remaja berumur 12 hingga 17 tahun.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar berkata, dengan jumlah tersebut, seramai 394,039 orang iaitu 91.6 peratus daripada jumlah penduduk negara telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan.

    “Manakala, 313,239 orang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 iaitu 72.8 peratus daripada jumlah penduduk negara,” tambah beliau semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Sehubungan itu, Negara Brunei Darussalam kini telah mencatatkan sebanyak 707,278 jumlah pemberian suntikan dos pertama dan dos kedua vaksin COVID-19, sejak ia mula diberikan pada 3 April lalu. Daerah Brunei dan Muara mencatatkan jumlah tertinggi berbanding daerah-daerah lain iaitu sebanyak 456,155 pemberian vaksin diikuti dengan Daerah Belait sebanyak 92,608, Daerah Tutong sebanyak 82,038 dan Daerah Temburong sebanyak 76,477.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda