Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MAC – Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sebanyak 14 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan, membawa jumlah keseluruhan kes di Negara Brunei Darussalam kepada 25 orang. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, 13 orang mempunyai kaitan dengan perkumpulan keagamaan, tabligh di Kuala Lumpur, Malaysia, jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat