Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei catat 158 kes baharu COVID

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Dalam masa satu minggu kebelakangan ini, kadar purata kes COVID yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam telah menunjukkan sedikit peningkatan iaitu 137 kes sehari, berbanding dengan kadar pada minggu sebelumnya iaitu 101 kes sehari.

    Manakala pada hari ini seba-nyak 158 kes baharu telah dilaporkan iaitu semuanya adalah daripada hasil ujian pantas antigen (ART) dan tidak ada kes telah dikesan daripada ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Sebanyak 20,393 keputusan ART telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu di mana 4.6 peratus daripadanya adalah keputusan ART yang positif.

    Statistik tersebut telah dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan dalam Siaran Akhbar COVID-19 Negara Brunei Darussalam, pada hari ini.

    Kenyataan turut mengongsikan bahawa tidak ada kes di dalam Kategori 5 yakni yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU) manakala satu kes berada di dalam Kategori 4 iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    Selain itu, sehingga kelmarin, kadar liputan vaksinasi COVID di negara ini kekal berada di tahap yang tinggi dengan 79.1 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk telah mendapatkan dos ketiga vaksin dan 12 peratus juga telah mendapatkan dos keempat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda