Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei, China jalin hubungan erat, harmoni

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China mempunyai hubungan persahabatan dan kerjasama dua hala yang erat serta mesra di mana rakyat kedua-dua negara hidup bersama dalam penuh harmoni.

    Perkara itu dinyatakan oleh Atase Pertahanan Kedutaan Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Kolonel Kanan Dai Qilin dalam kata alu-aluannya di Majlis Resepsi Ulang Tahun Penubuhan Tentera Pembebasan Rakyat China ke-97 yang berlangsung di Royal Berkshire Hall, Tarindak D’ Polo Royal Brunei Polo and Riding Club, kelmarin.

    YB Pehin Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi dan TYT Xiao Jianguo yang menghadiri majlis resepsi berkenaan.

    Hadir di majlis berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan isteri, Datin Hajah Kalshom binti Haji Suhaili serta Duta Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo.

    Turut hadir ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Alirupendi bin Haji Perudin, perwakilan-perwakilan dari negara-negara sahabat, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta jemputan khas.

    YB Pehin Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi (tengah) bersama TYT Xiao Jianguo, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Alirupendi serta Kolonel Kanan Dai Qilin menghadiri majlis resepsi kelmarin.

    Kolonel Kanan, Dai Qilin dalam kata alu-aluannya menyatakan bahawa tahun ini menandakan ulang tahun ke-40 kemerdekaan Negara Brunei Darussalam dan ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China di mana kedua-dua negara komited kepada pemodenan agar merealisasikan kehidupan yang lebih baik untuk rakyatnya.

    YB Pehin Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi menerima cenderhati yang disampaikan oleh TYT Xiao Jianguo.

    Beliau menambah Tentera Pembebasan Rakyat China dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei terus mengekalkan dan mengukuhkan hubungan kerjasama dan persahabatan yang erat melalui lawatan peringkat tinggi, mengembangkan lagi bidang kerjasama dan meningkatkan kepercayaan strategik bersama.

    Majlis diteruskan dengan acara memotong kek ulang tahun yang disempurnakan bersama oleh YB Pehin Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi, TYT Xiao Jianguo dan Kolonel Kanan Dai Qilin.

    YB Pehin Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi (tengah), TYT Xiao Jianguo (kanan) dan Kolonel Kanan Dai Qilin (kiri) bersama-sama memotong kek ulang tahun Penubuhan Tentera Pembebasan Rakyat China Ke-97.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda