Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei Darussalam A juara Kejohanan Gasing Pangkah Terbuka

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Pasukan Brunei Darussalam A muncul juara dalam Kejohanan Gasing Pangkah Terbuka anjuran Persekutuan Gasing Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (PERGAB) 2023 setelah menewaskan pasukan Brunei Darussalam C pada perlawanan peringkat akhir kejohanan berkenaan di Gelanggang Gasing Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, baru-baru ini.

    Kejohanan tersebut berlangsung selama dua hari iaitu pada 25 hingga 26 November.

    Sebanyak 10 pasukan berentap dalam kejohanan kali ini yang turut menyaksikan penyertaan beberapa pasukan dari luar negara, termasuk dari Kuala Lumpur, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

    Juara membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $1,000, manakala naib johan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah $800.

    Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Pasukan Sabah A dengan hadiah wang tunai sebanyak $700 dan Pasukan Lawas Sarawak memenangi tempat keempat dengan hadiah wang tunai sebanyak $600.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud.

    Para pemenang dan peserta kejohanan bergambar ramai di Gelanggang Gasing Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda