Friday, February 21, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei di tangga ke-9 kematian terendah akibat dadah

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Negara Brunei Darussalam berada di kedudukan kesembilan dunia dalam senarai negara paling rendah yang mencatatkan kematian akibat pengambilan dadah berlebihan.

    Senarai tersebut dikongsikan oleh Medical Aid dalam kajiannya yang diterbitkan baru-baru ini. Medical Aid menganalisis jumlah kematian akibat masalah penggunaan dadah dan kadarnya bagi setiap 100,000 orang pada tahun 2019 untuk menyenaraikan negara-negara dengan jumlah kematian akibat pengambilan dadah berlebihan yang paling rendah.

    Sementara itu, menurut kajian, Korea Selatan menduduki tempat pertama dalam senarai tersebut dengan hanya 154 kematian secara keseluruhan dan hanya 0.30 kematian bagi setiap 100,000 orang yang meninggal dunia akibat dadah.

    Pada 1990, dianggarkan 407,232 orang rakyat Korea Selatan sedang berhadapan masalah penyalahgunaan dadah. Menjelang tahun 2019, angka tersebut menurun sebanyak 1 peratus kepada 403,882 orang.

    Mengikut rapat adalah Singapura, di mana terdapat 0.33 kematian berkaitan dadah bagi setiap 100,00 orang dan hanya 19 kematian secara keseluruhan. Singapura telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam bilangan orang yang mempunyai masalah penggunaan dadah sejak 1990, daripada 28,941 orang kepada 43,836 orang.

    Indonesia berada di tempat ketiga, di mana, pada 2019, terdapat 0.35 kematian berkaitan dadah bagi setiap 100,000 orang dan 959 kematian secara keseluruhan.

    Sejak 1990, Indonesia menyaksikan peningkatan 58 peratus dalam bilangan rakyat yang berhadapan masalah penggunaan dadah, meningkat daripada 819,142 orang kepada lebih 1.2 juta orang.

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda