Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei DPMM FC beraksi cemerlang

    Oleh Ak Zaki Kasharan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Dua gol cemerlang yang dijaringkan oleh Volodymyr Pryyomov berjaya menyaksikan Brunei DPMM FC membenam Tampines Rovers FC, 2-1 dalam saingan Liga Perdana

    Singapura (Liga-S), sekali gus mengutip tiga mata penuh dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, semalam.

    Berkenan berangkat bagi menyaksikan perlawanan berkenaan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

    Dalam saingan kali ini, Brunei DPMM FC berjaya membuka jaringan pendahuluan sekali gus menguasai perlawanan tersebut menerusi Volodymyr Prylomov pada minit ke-49, sebelum menggandakan jaringan pada minit ke-63, membawa kedudukan selesa buat skuad kendalian Rene Weber itu.

    Sementara itu, Tampines Rovers FC enggan berputus asa di tangan Brunei DPMM FC setelah bangkit untuk menjaringkan satu-satunya gol buat pasukan pelawat menerusi pemain bernombor 16, Daniel Bennet pada minit ke-77.

    Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri semalam berkenan berangkat menyaksikan perlawanan Liga Perdana Singapura antara DPMM FC menentang Tampines Rovers. Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim. – Gambar Infofoto
    Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim ketika beraksi menentang Pasukan Projek Ikan Pusu B. – Gambar Infofoto
    Antara aksi pemain Brunei DPMM FC ketika berdepan pemain Tampines Rovers FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, kelmarin.

    Akan tetapi pelawat telah gagal untuk memburu jaringan tambahan bagi mengikat Brunei DPMM FC setelah perlawanan berakhir dengan kedudukan yang tidak berubah hingga wisel penamat dibunyikan.

    Sementara itu, pada masa rehat, turut berlangsung saingan antara Pasukan All Star FC menentang Pasukan Projek Ikan Pusu B, yang akhirnya berpihak kepada Pasukan All Star FC dengan jaringan 2-0.

    Pasukan All Star FC yang disertai oleh Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, telah mempamerkan aksi cemerlang setelah merembat gawang lawan, disusuli oleh gol kedua yang dijaringkan oleh Ahmad Danial.

    Pasukan Brunei DPMM FC seterusnya akan meneruskan pemburuan mereka dalam saingan Liga Perdana Singapura, dengan menentang Pasukan Balestier Khalsa di Stadium Toa Payoh, Singapura pada 29 September depan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda