Oleh Normazlina M.d BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Ogos – Negara Brunei Darussalam hanya terkena tempias ekor Taufan Hato apabila mengalami ombak tinggi di perairan negara ini malam tadi, namun masih lagi dalam keadaan terkawal dan selamat. Ketua Bahagian Pencerapan Cuaca, Awang Hassanul Kamal bin Haji Adam memaklumkan perkara itu dalam wawancara telefon bersama wartawan