Wednesday, September 25, 2024
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei, HK teroka kerjasama ADR

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 SEPT – Pengerusi Pusat Timbang Tara Brunei Darussalam (BDAC), Yang Arif Radin Safiee bin Radin Mas Basiuni telah menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Kehakiman Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HK), Paul Lam SC, kelmarin.

    Mengiringi Paul Lam SC ialah pegawai dari Jabatan Kehakiman, HK dan Pejabat Ekonomi dan Perdagangan HK (HKETO) di Jakarta, Indonesia.

    Antara perkara yang dibincangkan semasa kunjungan hormat itu ialah meneroka bidang potensi kerjasama antara BDAC dan Jabatan Kehakiman Wilayah Pentadbiran Khas HK dalam mempromosikan Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) di Brunei Darussalam dan HK.

    Selain itu, kedua-dua pihak juga membincangkan pembinaan kapasiti dalam penyelesaian undang-undang dan pertikaian, dengan tujuan me-ningkatkan bilangan penimbang tara tempatan melalui kerjasama dengan Pusat Timbang Tara Antarabangsa HK (HKIAC) dan institusi lain yang ditubuhkan.

    Turut hadir semasa kunjungan hormat ialah lembaga pengarah dan pengurusan BDAC. Lawatan diakhiri dengan pertukaran cenderamata antara kedua-dua pihak, diikuti dengan sesi bergambar ramai bagi memperingati majlis tersebut.

    Yang Arif Radin Safiee bertukar cenderamata bersama Paul Lam SC pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KERAJAAN WILAYAH PENTADBIRAN KHAS HONG KONG
    Antara yang hadir semasa kunjungan hormat di Jakarta, Indonesia. – GAMBAR SERAHAN KERAJAAN WILAYAH PENTADBIRAN KHAS HONG KONG

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda