Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei hos kejohanan tenis antarabangsa

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JUN – Pertandingan Berpasukan 12 dan ke Bawah Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) Asia yang dinanti-nantikan kini bermula di Pusat Tenis Kebangsaan, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, kelmarin.

    Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly telah merasmikan pelancaran pertandingan peringkat junior itu.

    Kejohanan selama lima hari itu disertai oleh enam negara termasuk tuan rumah Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura, Myanmar dan Thailand.

    Ini merupakan kali pertama Negara Brunei Darussalam menjadi tuan rumah buat kejohanan tersebut, yang dijangka berakhir pada 16 Jun.

    Kejohanan itu juga berfungsi sebagai acara kelayakan serantau untuk negara-negara yang berpangkalan di Asia Tenggara.

    Antara kontinjen yang menyertai kejohanan tersebut. – Gambar serahan BDTA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda