Oleh Ak Zaki Kasharan – BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Mesyuarat Jawatankuasa Peranti Perubatan ASEAN (AMDC) ke-12 telah bermula hari ini di Hotel Radisson, di ibu negara di mana ia akan berlangsung selama tiga hari. Ia dihadiri oleh para perwakilan pihak berkuasa perundangan peranti perubatan, Jabatan Teknologi Penjagaan Kesihatan, Kementerian Kesihatan dan perwakilan pihak

