Friday, May 16, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei ikon dunia Islam

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Julai – Takjub dengan Islam yang secara luasnya dipraktikkan dan diserap ke dalam budaya, dasar, pembangunan, pendidikan dan cara hidup rakyat di negara ini,  Ketua Pengarah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Islam (ISESCO), Dr Abdulaziz Othman Altwaijri memuji Negara Brunei Darussalam dan menyatakan bahawa negara ini wajar dijadikan sebagai contoh ikon bagi dunia Islam.

    Dalam sesi temu bual di Empire Hotel & Country Club, Dr Abdulaziz Othman Altwaijri meluahkan rasa keterujaannya semasa kunjungan ke negara ini yang menunjukkan pegangan serta cara kehidupan Islamik yang terserap dalam semua aspek kehidupan masyarakat sama ada pada budaya, tradisi, sistem pemerintahan, undang-undang, peraturan serta sosioekonomi dan sosiopolitik.

    “Bandar Seri Begawan yang dicalonkan oleh ISESCO untuk menjadi ‘Capital City of Islamic Culture for Asia’ bagi tahun 2019 akan menjadi tarikan seluruh dunia Islam untuk melihat betapa unik dan menariknya negara ini,” jelas Dr Abdulaziz.

    Beliau sungguh berbesar hati dapat mengadap KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, di mana beliau mendengarkan akan nasihat serta pandangan Baginda Sultan dalam hal berkaitan dengan kerjasama Islam.

    Beliau turut berkesempatan untuk mempersembahkan anugerah Pingat Emas ISESCO kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebagai pengiktirafan sokongan dan komitmen Baginda dan negara ini kepada ISESCO dalam pembangunan pendidikan, sains dan kebudayaan di negara-negara Islam.

    “Saya juga berpeluang mengadap DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan saling bertukar-tukar pendapat terhadap hubungan ISESCO dan Negara Brunei Darussalam,” ujar Dr Abdulaziz lagi.

    Dr Abdulaziz kemudiannya turut menjelaskan bahawa dengan pengiktirafan Bandar Seri Begawan sebagai Capital City of Islamic Culture tahun depan, ia akan membantu mendedahkan lagi keunikan negara ini kepada negara Islam lainnya dan terhadap rakyat serta kepimpinan bijaksana Baginda Sultan dalam mencorak serta memimpin negara dalam mencapai kemajuan berdasarkan ajaran Islam.

    Dr Abdulaziz Othman Altwaijri semasa sesi temu bual di Empire Hotel & Country Club.

    “Saya juga mengadakan perjumpaan yang menarik bersama Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin,” katanya.

    “Selain itu, kunjungan ke Universiti Brunei Darussalam dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali serta ke muzium banyak memperluaskan lagi idea mengenai kehebatan Brunei pada masa ini dan masa lalu selain menggunakan pengalaman ini bagi memperkukuhkan dan meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang pendidikan, sains, budaya dan komunikasi,” tambah beliau lagi.

    Dr Abdulaziz turut menyatakan bahawa negara ini mempunyai warisan serta kaya dengan sejarah sebagai sebuah negara Islam dan hari ini dapat dilihat ia terus maju dan berkembang dengan pantas dalam pelbagai bidang yang menyumbang kepada penamaannya sebagai Capital City of Islamic Culture.

    “Apa yang turut menjadikan Negara Brunei Darussalam berbeza dari negara lain ialah rakyatnya yang patuh pada etika atau moral Islam, ketenangan masyarakat yang mencerminkan keyakinan kuat terhadap ajaran Islam.”

    Selain itu, beliau turut tertarik akan tahap kebersihan di negara ini dan menggelarnya sebagai salah sebuah bandar bersih pernah dikunjunginya yang mencerminkan penduduk serta rakyat di negara ini mengutamakan kebersihan sepertimana yang dianjurkan oleh ajaran Islam dan perkara berkenaan patut dijadikan contoh kepada seluruh dunia dan negara Islam lainnya.

    Dr Abdulaziz memberitahu bahawa antara kelebihan negara ini dinobatkan sebagai Capital City of Islamic Culture bagi rantau Asia, pihak ISESCO akan melaksanakan dan menyertai banyak aktiviti dan negara ahli akan turut mengadakan minggu budaya di negara ini seperti mana yang diadakan pada Capital Cities of Islamic Culture sebelumnya.

    Untuk itu, sepanjang tahun akan diadakan pelbagai aktiviti yang bukan hanya tertumpu kepada budaya tetapi juga berkenaan saintifik dan pendidikan selain negara ini akan turut me-nerima lebih banyak pengunjung dari negara ahli lainnya yang boleh meningkatkan industri pelancongan negara.

    Capital City of Islamic Culture diberikan kepada tiga buah negara pada setiap tahun yang mewakili rantau Arab, Asia dan Afrika. Pada tahun 2019 depan Negara Brunei Darussalam bersama Al-Quds dan Tunis bagi rantau Arab dan Bissau bagi negara di rantau Afrika dipilih sebagai Capital Cities of Islamic Culture.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/ bandarqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games https://cste.sut.ac.th/QRcode/masterFile/