Monday, May 12, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei International Grand Festival buka tirai

    Oleh Imelda Groves HA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Brunei International Grand Festival 2017 membuka tirainya hari ini di Dewan 1, BRIDEX, Jerudong, di sini.

    Hadir bagi menyempurnakan pembukaan rasmi festival berkenaan ialah Pemangku Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Dayang Rostinah binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohd Tahir.

    Sebanyak 88 buah syarikat (pempamer) mengikuti acara berkenaan yang terdiri daripada syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa dengan menyediakan pelbagai jenis barangan jualan seperti pakaian, perhiasan, permainan, makanan, minuman dan banyak lagi.

    Acara anjuran BW Event Management dan RZ Blaze Event Management tersebut juga menyediakan pelbagai pameran binatang dan makanan serta minuman di dalam dan luar dewan.

    Dayang Rostinah ketika menyampaikan tabung derma kebajikan JAPEM kepada pihak pengurusan.
    Dayang Rostinah ketika menyampaikan tabung derma kebajikan JAPEM kepada pihak pengurusan.
    Pihak pengurusan dan artis-artis dari Malaysia bergambar ramai bersama tetamu kehormat majlis.
    Pihak pengurusan dan artis-artis dari Malaysia bergambar ramai bersama tetamu kehormat majlis.

    Pengerusi BW Event Management, Hartunnoo Mohd Soud dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, sebahagian hasil daripada pesta tersebut iaitu sebanyak $2,000 akan didermakan kepada tabung kebajikan JAPEM. Selain itu, pihak penganjur juga menyediakan tabung derma untuk orang ramai menghulurkan sumbangan secara persendirian dan akan disumbangkan sepenuhnya kepada tabung kebajikan JAPEM.

    Berlangsung sehingga 2 April, pesta berkenaan menyediakan pelbagai acara seperti demonstrasi oleh pempamer-pempamer, persembahan pentas diikuti dengan sesi perjumpaan dengan artis-artis dari Malaysia.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda