Tuesday, October 3, 2023
28.6 C
Brunei

    -

    Brunei, Kemboja tandatangani perjanjian cukai dan fiskal

    KEMBOJA, 27 Julai – Negara Brunei Darussalam dan Kemboja hari ini telah menandatangani Perjanjian Pengelakan Cukai Dua Kali dan Pencegahan Pelarian Fiskal berkenaan dengan Cukai-cukai ke atas Pendapatan (Agreement for the Avoidance of Double Taxation and the Prevention of Fiscal Evasion with respect to Taxes on Income –ADTA) yang berlangsung di Kementerian Ekonomi dan Kewangan, Kemboja.

    Menandatangani bagi pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kemboja, Pengiran Kasmirhan bin Pengiran Haji Mohammad Tahir, manakala bagi pihak kerajaan Diraja Kemboja ialah Menteri Kanan dan Menteri Ekonomi dan Kewangan, Dr. Aun Pornmoniroth.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan di sini, melalui perjanjian ini, kedua-dua negara akan dapat meningkatkan lagi kerjasama ekonomi, pelaburan dan perdagangan melalui sektor-sektor swasta, yang mana setentunya akan memperolehi manfaat daripada cukai yang dikenakan di kedua-dua buah negara.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Angka kematian denggi melebihi 1,000 di Bangladesh

    DHAKA, 2 OKT - Lebih 1,000 orang di Bangladesh telah meninggal dunia akibat demam denggi sejak awal tahun ini, menurut angka rasmi, yang menunjukkan...