Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei komited perangi pemerdagangan orang

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Dalam usaha memperkukuh kerjasama serantau antara jawatankuasa antara-agensi kebangsaan yang menangani isu pemerdagangan orang, The 3rd Regional Meeting of Southeast Asian National Committees Against Trafficking in Persons telah diadakan pada 7 hingga 9 Oktober 2025 di Makati City, Republik Filipina.

    Negara Brunei Darussalam (NBD) diwakili oleh Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Haji Azree bin Haji Abd Manaf, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja bagi Anti-Pemerdagangan Orang (JKKAPO).

    GAMBAR- GAMBAR SERAHAN PPDB

    Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Undersecretary Nicholas Felix Lopez Ty, Undersecretary in Charge of the Inter-Agency Council Against Trafficking (IACAT) dan turut disertai oleh negara-negara ASEAN.

    Inisiatif berkenaan merupakan hasil kerjasama antara IACAT dan Kedutaan Besar Netherlands di Republik Filipina sempena memperingati Ulang Tahun Ke-11 penubuhan kerjasama tersebut.

    Mesyuarat memberi tumpuan kepada usaha membina dan memperkukuh jaringan kerjasama di peringkat serantau bagi jawatankuasa antara-agensi kebangsaan, serta mewujudkan mekanisme penyelarasan dan perbincangan mengenai perkara-perkara berkepentingan bersama termasuk kes pemerdagangan orang, dasar, perancangan program serta perkongsian amalan terbaik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda