Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei menang anugerah pelancongan ASEAN

    Oleh Sim Y H

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf menyampaikan Anugerah ASEAN Clean Tourist City kepada Haji Amirol Hafidzin. – GAMBAR SERAHAN KSSUP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Negara Brunei Darussalam mencatatkan pencapaian yang amat membanggakan apabila memenangi beberapa anugerah semasa majlis Anugerah ASEAN Tourism Standards yang berlangsung di Landmark Mekong Riverside Hotel pada 26 Januari lalu.

              Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP), di sini, penerima-penerima anugerah dari Negara Brunei Darussalam adalah Kuala Belait yang menerima anugerah bagi ASEAN Clean Tourist City, Hotel Radisson memenangi bagi ASEAN Green Hotel dan tiga entiti iaitu Hotel Radisson, Empire Brunei dan Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah telah dianugerahkan ASEAN MICE Venue (Meeting Room).

              Anugerah-anugerah juga diberikan kepada Empire Brunei bagi ASEAN MICE Venue (Exhibition Venue) dan Freme Tarvel menerima anugerah bagi ASEAN Sustainable Tourism (Gastronomy Tourism Theme).

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda