Tuesday, February 11, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei mulakan kempen Sukan SEA dalam larian berhalangan

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MEI – Negara Brunei Darussalam menandakan permulaan kempen yang dinanti-nantikan dalam Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-32 dengan penampilan sulung dalam acara larian berhalangan di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Chroy Changvar di Phnom Penh, Kemboja semalam.

    Atlet kebangsaan, Mohd Hasnal Husna bin Ahmad dan Awangku Muhd Nur’Nazirul Mubin bin Pengiran Roslan bertanding dalam acara OCR 100 meter (m) individu lelaki.

    Awangku Muhd Nur’Nazirul Mubin menduduki tempat kesembilan dengan catatan masa terpantas manakala Mohd Hasnal Husna menduduki tempat ke-10.

    Filipina dalam misi untuk meraih empat pingat ketika gandingan kebangsaan mereka, Mark Julius Malabriga Rodelas dan Kevin Jeffrey Dador Pascua mendahului pusingan pingat.

    Ol Saoheng dari Kemboja dan Yoong Wei Theng dari Malaysia turut mara ke pusingan pingat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda