Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei yang pertama selama sebulan (Brunei MYCE) 2021 akan berlangsung bermula 1 Jun di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.
Pameran merupakan anjuran Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) melalui Jabatan Kemajuan Pelancongan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Kementerian Pembangunan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Kementerian Tenaga, Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD) Institut Kepimpinan & Kewangan Islam Brunei (BILIF), Universiti Brunei Darussalam (UBD), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Universiti Teknologi Brunei (UTB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dengan sokongan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN).
Ia akan memfokuskan empat tema utama yang berbeza setiap minggu dengan acara ini akan memfokuskan kepada empat tema dan setiap minggu mempunyai tema yang berbeza iaitu pada minggu pertama 1 hingga 6 Jun bertemakan Islam, 10 hingga 13 jun bertemakan Perhutanan, 17 hingga 20 Jun tema Teknologi Digital dan pada 24 hingga 30 Jun bertemakan Tenaga.
Ia juga akan diisikan dengan seminar bertajuk Memperkasakan Wakaf ke Arah Kesejahteraan Negara anjuran KHEU.
Selain itu, Persidangan Pasaran Modal Islam Brunei Darussalam (BICAM) dianjurkan bersama oleh AMBD, BILIF dan Pusat Pendidikan Antarabangsa dalam Kewangan Islam (INCEIF) membincangkan pelbagai topik berkaitan pasaran modal Islam.
Persidangan Antarabangsa ke-10 mengenai Islam di Alam Melayu (ICON-IMAD X) adalah persidangan tahunan yang dianjurkan oleh empat universiti yang mewakili wilayah Melayu iaitu UNISSA, Brunei, Universiti Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Indonesia, Universiti Malaya, Malaysia dan Universiti Prince Songkla, Thailand yang membawa tema Memeluk Islam dalam Zaman Melayu, Kontemporari.
Sementara itu, Persidangan Antarabangsa mengenai Pendidikan Fiqh Al-Zakat anjuran KUPU SB membincangkan peranan zakat, isu dan cabaran yang berkaitan dengan zakat dan cadangan penambahbaikan pengurusan, pungutan dan pengagihan zakat.
Persidangan Negara Brunei Darussalam mengenai Hutan – Hutan dan Kepelbagaian Biologi: Menyingkapnya Potensi Ekonomi yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Perhutanan, KSSUP dan Sekretariat Perubahan Iklim Brunei (BCCS), Kementerian Pembangunan.
Ia meneroka peluang pertumbuhan ekonomi hijau melalui pengkomersialan keanekaragaman hutan seperti industri kayu hilir, pelancongan eko dan banyak lagi.
Manakala Persidangan Negara pintar Melalui Transformasi Digital pula dianjurkan oleh Kementerian Pengangkutan dan Info-komunikasi yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mengenai Pelan Induk Ekonomi Digital 2025.
Ini termasuk menjana sokongan industri dan awam melalui pelbagai inisiatif ke arah transformasi digital negara.
Sementara forum Penutupan dan Pemulihan diketuai oleh Kementerian Tenaga dan Lembaga Petroleum memberi tumpuan kepada berkongsi pengetahuan, amalan terbaik dan peluang perniagaan dalam sektor minyak dan gas.
Di samping itu, empat pameran tematik akan diadakan sepanjang sebulan itu ditambah dengan pelbagai aktiviti jualan dan aktiviti menarik lain dibukakan untuk penyertaan orang ramai.
Untuk menyokong Protokol Hijau, KSSUP menggalakkan tuan rumah penganjur, peserta dan pelawat untuk mengurangkan jejak karbon semasa acara berlangsung dalam penggunaan tenaga, kertas dan plastik.
Persidangan dan Pameran ini mengikuti protokol kesihatan dan langkah berjaga-jaga yang diambil semasa Brunei MYCE 2021 dan pihak penganjur bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan untuk memastikan peserta dan pengunjung mematuhi langkah pencegahan COVID-19 seperti yang digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.
Ini termasuk melakukan pemeriksaan suhu badan, kerap mencuci tangan, menjaga kebersihan serta mengamalkan jarak fizikal dan sosial.
Pengunjung juga diminta untuk mengimbas kod QR BruHealth di pintu masuk utama. Mana-mana peserta atau pengunjung yang tidak sihat dinasihatkan untuk tidak menghadiri majlis tersebut.
Untuk keterangan bolehlah melayari laman sesawang https://www.bruneitourism.com/brunei-myce/ dan Instagram: @bruneimyce.