Pasukan Tarik Kalat Brunei Chainblock berjaya meraih tempat kedua dalam kategori gabungan 680 kilogram pada Kejohanan Tarik Kalat 2025 yang berlangsung di Taman Antarabangsa Terengganu, Malaysia, baru-baru ini.
Namun, pasukan negara tewas kepada pasukan Blue Tiger B pada peringkat akhir kejohanan tersebut.
Pasukan negara diketuai oleh Pengiran Azizul Akbar bin Pengiran Haji Badaruddin; Awang Husin bin Haji Yahya selaku jurulatih; dan Awang Jasmie bin Haji Johari selaku pengurus pasukan.
Kejayaan tersebut menandakan pencapaian membanggakan buat kontinjen Brunei dalam sukan lasak di peringkat serantau.
