Saturday, October 19, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei Pegasus sedia berentap di Liga Bola Keranjang Thailand

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Perlawanan bola keranjang antara pasukan Brunei Pegasus dan pasukan Miller bertempat di Gelanggang Persatuan Bola Keranjang Brunei Darussalam (BBA) di Batu Bersurat akan diadakan pada 1 dan 2 Februari ini.

    Pasukan Miller merupakan pasukan bola keranjang profesional dengan para pemainnya terdiri daripada barisan pemain dari negara luar seperti Filipina dan Amerika Syarikat yang akan dipimpin oleh Willie Miller. Perlawanan ini merupakan sebahagian daripada persediaan pasukan Brunei Pegasus sebelum bertarung di Liga Bola Keranjang Thailand yang dijadualkan bermula pada minggu hadapan.

    Ketua pasukan Brunei Pegasus pada Majlis Sidang Media Pertandingan Persahabatan Bola Keranjang yang berlangsung pagi tadi di Hotel Badi’ah, Batu Satu antara lain turut menjelaskan harapannya agar pasukan Brunei Pegasus dapat menggunakan peluang bermain bersama barisan pemain hebat dalam perlawanan ini dengan sebaiknya. Di samping itu beliau turut menjelaskan bahawa diharapkan dengan penganjuran perlawanan ini akan dapat meningkatkan minat sukan bola keranjang di kalangan masyarakat di negara ini khususnya bagi generasi muda.

    Sementara itu dalam Liga Bola Keranjang Thailand yang akan disertai oleh Pasukan Brunei Pegasus turut disertai oleh pasukan bola keranjang profesional dari Singapura, Malaysia, Indonesia Filipina dan negara Thailand sendiri.

    Sesi bergambar ramai Pasukan Brunei Pegasus dan Pasukan Miller ketika sidang media di Hotel Badi’ah, Batu Satu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda