Sunday, March 16, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei perlu rapatkan jurang keselamatan siber

    Oleh Azlan Othman

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Julai – Negara Brunei Darussalam memiliki jurang dalam pertahanan keselamatan siber dan banyak kerja perlu dilakukan bagi meningkatkan kapasiti untuk mengatur strategi yang sesuai, keupayaan dan program, menurut laporan agensi telekomunikasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

    Walaupun negara ini mencatatkan beberapa kemajuan, masih banyak yang perlu dicapai berhubung dengan institusi perundangan, teknikal dan organisasi, keupayaan pendidikan dan penyelidikan serta kerjasama dalam rangkaian perkongsian maklumat untuk membangunkan pendekatan yang hampir sempurna demi keselamatan siber, menurut laporan itu.

    “Jenayah siber yang berkembang tetapi tidak secara automatik menjana keselamatan siber, jadi kerajaan perlu memastikan mereka bersedia,” tambah kenyataan itu lagi.

    Negara Brunei Darussalam berada di kedudukan ke-53 daripada 193 buah negara ITU dalam Indeks Keselamatan Siber Global (GCI) yang mengukur komitmen pelbagai negara terhadap keselamatan siber.

    Kedudukan ke-53 dengan indeks 0.524, sama dengan Bangladesh dan disenaraikan dalam kategori ‘peringkat matang (GCI dengan catatan di antara 50 dan 89 peratus), yang merujuk kepada 77 buah negara dengan komitmen keselamatan siber yang kompleks dan terlibat dalam pelbagai program dan inisiatif.

    Singapura mengungguli senarai GCI 2017, disusuli Amerika Syarikat dan Malaysia. Negara-negara lain dalam 10 kedudukan teratas termasuk Oman, Estonia, Mauritius, Australia, Georgia, Perancis dan Kanada.

    Brunei Darussalam mencatatkan kedudukan tertinggi dalam penggubalan undang-undang jenayah siber dan latihan, kerajaan dan pasukan tindak balas kecemasan komputer kebangsaan (CERT), pasukan tindak balas insiden komputer (CIRT) dan pasukan tindak balas insiden keselamatan komputer (CISRT), perlindungan kanak-kanak atas talian, latihan profesional dan kursus begitu juga dengan program pendidikan, dua hala dan persetujuan pelbagai hala dan kerjasama antarabangsa.

    Negara ini telah menerima mata sederhana pada keseluruhan dalam perundangan, teknikal dan langkah-langkah organisasi, kempen kesedaran awam, kapasiti pembangunan begitu juga dengan rakan kongsi awam dan swasta.

    Tetapi negara ini berada di kedudukan paling rendah dalam penggubalan undang-undang keselamatan siber, standard organisasi dan profesion, badan penstandardan, amalan baik keselamatan siber dan penyelidikan serta program pembangunan (R&D). Laporan itu menggambarkan lebih banyak perkara yang perlu dilakukan dalam bidang-bidang tersebut.

    Sebanyak 21 buah negara dirujuk kepada ‘peringkat utama’ (kedudukan GCI dalam 90 peratus) yang menunjukkan komitmen tinggi dalam semua lima tonggak daripada Agenda Keselamatan Siber Global ITU, terutama perundangan, teknikal pertubuhan, kapasiti bangunan dan kerjasama antarabangsa.

    ‘Peringkat awal’ merujuk kepada 96 buah negara (kedudukan GCI yang kurang daripada 50 peratus) yang mula membuat komitmen dalam keselamatan siber.

    GCI 2017, kedua dalam beberapa indeks yang diterbitkan oleh ITU, mengukur komitmen 193 buah negara anggota dalam keselamatan siber.

    Laporan berkata, sekitar 38 peratus daripada negara-negara tersebut telah mempunyai strategi keselamatan siber dan tambahan 12 peratus daripada kerajaan sedang dalam proses untuk membangunkannya.

    Agensi itu berkata lebih banyak usaha dilakukan dalam bidang kritikal ini memandangkan kerajaan mempertimbangkan risiko digital menjadi keutamaan.

    “Keselamatan siber adalah sistem eko di mana undang-undang, organisasi, kemahiran, kerjasama dan pelaksanaan teknikal perlu harmoni supaya berkesan,” jelas laporan sambil menambah keselamatan siber ‘lebih relevan kepada pembuat dasar di beberapa buah negara’.

    GCI 2017 mengukur komitmen negara terhadap keselamatan siber dan membantu mereka untuk mengenal pasti pelbagai lapangan yang perlu dipertingkatkan.

    Menerusi maklumat berkenaan, GCI 2017 akan menggambarkan amalan supaya negara ahli ITU boleh mengenal pasti jurang dan melaksanakan aktiviti yang sesuai kepada alam sekitar kebangsaan dengan manfaat tambahan dalam membantu mengharmonikan amalan serta meningkatkan budaya keselamatan siber sejagat.

    “Di ITU kami komited untuk menjadikan Internet lebih selamat dan boleh dipercayai serta memberi manfaat kepada semua,” kata Setiausaha Agung ITU, Houlin Zhao.

    “Sementara impak serangan siber seperti pada 27 Jun lalu mungkin tidak terhapus sepenuhnya tetapi langkah pencegahan dan mitigasi untuk mengurangkan risiko siber seharusnya menjadi keutamaan. GCI mengesahkan komitmen ITU untuk membangunkan keyakinan dan keselamatan dalam menggunakan ICT.”

    Di samping itu, dalam menunjukkan komitmen keselamatan siber untuk 193 negara anggota ITU, indeks juga menunjukkan peningkatan dan pengukuhan semua petunjuk GCI yang didefinisikan oleh lima tonggak utama Agenda Keselamatan Siber Global ITU.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda