Sunday, July 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei raih kemenangan

    Oleh Daniel Lim –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JUN – Pasukan bola sepak Negara Brunei Darussalam berjaya bangkit daripada kekalahan sebelum ini, selepas meraih kemenangan pertama menentang Bhutan, dalam perlawanan Kumpulan B Kelayakan Piala Asia AFC Arab Saudi 2027, dengan keputusan akhir 2-1.

    Perlawanan berlangsung malam ini di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    Perlawanan bermula dengan garang apabila kedua-dua pasukan melakukan serangan, dengan Brunei menjaringkan gol pertama pada minit ke-29 melalui Nazirrudin Ismail hasil hantaran daripada rakan sepasukannya, Mohammad Alinur Rashimy.

    Pada separuh masa kedua, pasukan bola sepak kebangsaan memanfaatkan jaringan sendiri yang dibuat oleh Bhutan pada minit ke-63.

    Dawa Kuenjung Tshering kemudian berjaya menjaringkan gol untuk Bhutan pada 94 minit perlawanan.

    Jaringan pendahuluan memastikan Brunei meraih kemenangan menentang Bhutan apabila wisel penamat dibunyikan pada penghujung perlawanan, sekali gus mengesahkan kemenangan berharga 2-1 kepada Brunei.

    Pada perlawanan sebelumnya Bhutan terikat tanpa jaringan menentang Yaman di Stadium Changlimithang di Thimphu, Bhutan, manakala Brunei mengalami kekalahan mengecewakan 5-0 menentang Lubnan di Qatar.

    Perlawanan akan datang dalam Kumpulan B akan menyaksikan Yaman menentang Lubnan, esok, di Stadium Jaber Al-Mubarak Al-Hamad di Kuwait.

    Antara aksi pemain Brunei dan Bhutan semasa perlawanan itu. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Pasukan bola sepak Negara Brunei Darussalam berjaya bangkit daripada kekalahan sebelum ini, selepas meraih kemenangan pertama menentang Bhutan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda