BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Ogos – Kontinjen Sepak Takraw Brunei Darussalam yang menyertai temasya SUKAN SEA Kuala Lumpur ke-29, meraih pingat gangsa kedua negara di Stadium Tertutup Titiwangsa Kuala Lumpur, semalam. Pasukan negara yang menyertai Kategori Chinlone Non-Repetition Primary berjaya meraih tempat ketiga bersama pasukan Kemboja setelah tewas di tangan pasukan Thailand, yang kemudian berjaya