Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei raih satu emas, lima gangsa

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Jan – Tujuh penuntut Negara Brunei Darussalam berjaya mengharumkan nama negara dengan meraih satu pingat emas dan enam pingat gangsa dalam Kejohanan Piala Karate Memorial Manuel Veguillas yang diadakan di Dewan Muzik, SM Mall of Asia di Manila, Republik Filipina pada 27 hingga 28 Januari lalu.

    Tujuh penuntut yang menyertai kejohanan itu terdiri daripada dua penuntut Sekolah Sukan Brunei Darussalam dan lima penuntut dari beberapa sekolah, kolej dan universiti di negara ini.

    Dalam kejohanan itu, para atlet tempatan telah menyertai 10 acara Kata dan Kumite, termasuk acara istimewa – Double Kumite. Atlet dari Brunei juga telah berkesempatan untuk menyertai latihan bersama Jurulatih Antarbangsa Jepun, Sensei Shin Tsukii yang terkenal dengan teknik perlawanan dan seminar karate beliau.

    Sensei Shi Tsukii juga merupakan bekas jurulatih kebangsaan Brunei Darussalam dari tahun 1991 hingga 1994.

    Para atlet karate negara bergambar ramai setelah berjaya meraih satu pingat emas dan enam pingat gangsa dalam kejohanan tersebut.

    Menurut atlet negara, Dayang Siti Natrah binti Metassan yang meraih pingat emas setelah mengalahkan peserta dari Filipina, menyatakan bahawa dia bersyukur atas kemenangan itu selepas berusaha gigih menjalani latihan intensif dalam persediaan untuk menyertai kejohanan tersebut.

    Sementara itu, Awang Muhammad Adam Nawawie bin Mohammad Ishak menyatakan rasa bersyukur walaupun hanya meraih pingat gangsa dalam kejohanan tersebut, kerana telah berkesempatan untuk menimba pengalaman daripada perlawanan yang telah disertainya.

    Kejohanan kali ini telah disertai oleh tujuh buah negara serantau dan antarabangsa iaitu Negara Brunei Darussalam, Singapura, Jepun, Malaysia, Perancis, Indonesia dan tuan rumah, Republik Filipina.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda