Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Dis – Pasukan Brunei Saiyan muncul juara dalam Pertandingan e-Sukan ‘Rules of Survival’ anjuran Dojo Studio bersempena Festival Disember Brunei (BDF) 2018 yang diadakan kelmarin, bertempat di Kelab Rekreasi Diraja Brunei (RBRC), Berakas.
Pasukan Brunei Saiyan telah berjaya membawa pulang wang tunai $300, manakala tempat kedua dimenangi oleh Pasukan Envy Bn yang membawa pulang wang tunai $200 dan tempat ketiga menjadi milik Pasukan Alcatraz BN dengan membawa pulang wang tunai $150.
Selain itu pemenang tempat keempat hingga ke-10 juga diberikan hadiah sagu hati di majlis tersebut. Antara pasukan yang menerima ialah Envy X, KBL B, Punisher ™, FNTC, Fear Esport, Crown, dan Overpower Y.
Hadir bagi menyampaikan hadiah ialah Pengurus e-Sports Dojo Studio, Awang Muhammad Abdul Azim bin Zainal.
Acara tersebut merupakan anjuran Dojo Studio dengan kerjasama para penaja iaitu DST, YMRM, Peak Performance Sdn Bhd dan Suci Water dan disokong oleh Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan bersempena BDF 2018.
Pertandingan tersebut telah diadakan selama tiga hari bermula 28 Disember lalu hingga kelmarin.

