BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Negara Brunei Darussalam akan menyambut 1 Syawal esok (31 Mac) setelah hasil merukyah anak bulan Syawal berhasil dilihat di beberapa tempat yang ditetapkan.

Hasil merukyah awal bulan Syawal petang tadi telah diumumkan secara langsung melalui Radio Televisyen Brunei setelah mendapat kurnia perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
