Saturday, February 8, 2025
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei sertai BPI AIA Asia 7s

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Pasukan bola sepak Brunei Darussalam baru-baru ini berlepas ke Manila, Filipina untuk mengambil bahagian dalam BPI AIA Asia 7s di Stadium McKinley Hill.

    Mereka terdiri daripada 15 pemain dan diketuai oleh ketua pasukan Muhammad Ulfi Aminuddin.

    Dalam satu temu bual, salah seorang peserta, Abdul Khaliq Roziman berkata, “Kejohanan ini akan menjadi pendedahan yang baik untuk kami di platform Skuad Super terutamanya apabila terdapat muka baharu dalam pasukan yang tidak pernah bermain di luar negara sebelum ini.”

    Dia menambah, “Kami akan menghadapi pasukan dari India, Filipina dan Jepun dan saya tidak sabar untuk memulakan kejohanan ini.”

    Sementara itu, wakil Liga Bola Sepak AIA 7s, Anton Del Rosario berkata, “Bola sepak 7 sebelah bermula di Filipina pada 2018.

    “Kami bermula dengan lapan pasukan dan kemudian selepas wabak kami berada di 10 bandar bersama lebih 350 pasukan di seluruh negara.”

    Pasukan Brunei semasa menjalani sesi latihan. – Gambar serahan Skuad Super
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda