Oleh Syahmi Hassan
Gambar serahan D’Amazing
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Pasukan D’Amazing KBT PDD, D’Amazing KBT Lumberjack, dan D’Amazing Brunei AB akan mewakili negara dalam Kejohanan Dart Professional Development Malaysia Master yang akan berlangsung selama dua hari, iaitu pada 8 dan 9 Julai di Maju Junction Mall, Kuala Lumpur.
Pasukan negara akan berlepas esok dan dijangka pulang pada 10 Julai.
Pasukan tersebut adalah gabungan pemain lama dan baharu yang dipimpin oleh pengurus pasukan, Haji Hamjani bin Haji Moksin. Antara pemain yang turut menyertai kejohanan tersebut adalah Pengiran Mohammad bin Pengiran Haji Matarsad, Awang Nasruddin bin Johan, Pengiran Mohd Zulkernain bin Pengiran Waliuddin, Awang Abu Hasrah bin Haji Abdul Rani, dan Awang Mohd Fidee Nirham bin Haji Hamjani.
Pengurus pasukan juga berharap agar para pemain, baik lama mahupun baharu, akan menunjukkan prestasi yang cemerlang dan berjaya menjuarai kejohanan dart tersebut.

Ikuti berita lanjut dalam Edisi Jumaat (Media Permata)

