Thursday, May 15, 2025
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Brunei, Singapura kukuhkan kerjasama strategik tahunan

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MEI – Dalam usaha untuk memperkukuhkan kerjasama strategik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, sesi pembukaan Mesyuarat Pertukaran Tahunan dan Program Sosial antara Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Republik Singapura diadakan di Dewan Serbaguna, Aras 6, KHEDN, di ibu negara, hari ini.

    Tahun ini menandakan Mesyuarat Pertukaran Tahunan keenam diadakan antara JPM, Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Republik Singapura serta kali kelima antara KHEDN, Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Republik Singapura.

    Seramai 13 orang deleagasi dari Republik Singapura tiba di Negara Brunei Darussalam bagi menghadiri Mesyuarat Pertukaran Tahunan dan Program Sosial pada kali ini.

    Pada sesi pembukaan mesyuarat berkenaan, Pemangku Setiausaha Tetap (Keselamatan dan Undang-Undang), JPM, Negara Brunei Darussalam, Awang Zulhusam bin Haji Abdul Samad; Setiausaha Tetap (Keselamatan, dan Kesejahteraan Kebajikan), KHEDN, Negara Brunei Darussalam, Awang Salminan bin Haji Burut serta Setiausaha Tetap, Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Republik Singapura, Aubeck Kam selaku pengerusi-pengerusi bersama Mesyauarat Pertukaran Tahunan menekankan beberapa perkara penting termasuk usaha memerangi penipuan, penyalahgunaan dadah dan langkah pencegahannya, menangani penyalahgunaan dadah, pengurusan penjara dan hasil pemulihan serta bidang kolaborasi masa depan yang berpotensi.

    Kedua-dua buah negara telah bersetuju untuk meneroka peluang-peluang bagi mengukuhkan lagi kerjasama yang sedia ada di bawah surat hasrat yang ditandatangani di antara JPM, Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Republik Singapura pada 2014 dan surat hasrat di antara KHEDN, Negara Brunei Darussalam dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Republik Singapura yang dimeterai pada 2015.

    Awang Salminan menyampaikan kata alu-aluannya pada mesyuarat berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    Sesi pembukaan Mesyuarat Pertukaran Tahunan dan Program Sosial yang berlangsung di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di ibu negara, kelmarin. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    Salah satu cadangan utama yang dibincangkan pada mesyuarat berkenaan termasuk penubuhan sebuah kumpulan kerja bagi mengenal pasti inisiatif-inisiatif kerjasama yang baru seperti program penempatan pegawai-pegawai dari agensi-agensi yang berkenaan di Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

    Pada akhir acara pagi tadi, delegasi Kementerian Ehwal Dalam Negeri, Republik Singapura berpeluang untuk melihat produk-produk tempatan di Jualan Gerai Pop-Up di KHEDN.

    Semasa berada di Negara Brunei Darussalam, delegasi juga akan menyertai program pertukaran sosial dan budaya.

    Mesyuarat Pertukaran Tahunan itu berperanan sebagai platform utama untuk memperkukuhkan kerjasama strategik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.

    Melalui kerjasama berkenaan, kedua-dua buah negara dapat meningkatkan keupayaan serta kepakaran sumber manusia, di samping memupuk pertukaran pengalaman dan amalan terbaik bermanfaat untuk pembangunan bersama.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    https://old.amactechnologies.com/wp-content/bandarqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/dominoqq/ https://old.amactechnologies.com/wp-content/pkv-games/ https://techradar.id/file/bandarqq/ https://techradar.id/file/dominoqq/ https://techradar.id/file/pkv-games/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/bandarqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/dominoqq/ https://hrm1.karyapemuda.com/htdocs/pkv-games/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/bandarqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/dominoqq/ https://oilpalmconsultant.co.id/htdoc/pkv-games/ http://files.follettcommunity.com/index.html http://files.follettcommunity.com/bandarqq/index.html http://files.follettcommunity.com/dominoqq/index.html pkv games https://portal-previsional.uct.cl/bandarqq/ https://portal-previsional.uct.cl/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/bandarqq/ https://mypds.co.id/sistem/dominoqq/ https://mypds.co.id/sistem/pkv-games/ https://konsultansekolah.id/assets/bandarqq/ https://konsultansekolah.id/assets/dominoqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/bandarqq/ https://fcpharmaceutical.com/puki/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/bandarqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/dominoqq/ https://alexacmobil.com/wp-includes/pkv-games/ https://portal.mzuni.ac.mw/bandarqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/dominoqq/ https://portal.mzuni.ac.mw/pkv-games/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/bandarqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/dominoqq/ https://www.asteroidmission.org/htdocs/pkv-games/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/bandarqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/dominoqq/ https://sumbangan.yayasanwp.org.my/wp-includes/pkv-games/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/bandarqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/dominoqq/ https://www.issm.gov.mz/wp-includes/pkv-games/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/bandarqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/dominoqq/ https://jepang-indonesia.co.id/wp-includes/js/pkv-games/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://www.bapelkesmataram.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/bandarqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/dominoqq/ https://www.arfisioterapia.it/wp-includes/pkv-games/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/bandarqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/dominoqq/ https://maintance.nexxus.ir/tmt/pkv-games/ https://vision-dmd.info/wp-includes/bandarqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/dominoqq/ https://vision-dmd.info/wp-includes/pkv-games/ https://hestiaistiviani.com/docs/bandarqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/dominoqq/ https://hestiaistiviani.com/docs/pkv-games/ https://media.otoinfo.id/htdocs/bandarqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/dominoqq/ https://media.otoinfo.id/htdocs/pkv-games/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/bandarqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/dominoqq/ https://maktabahalbakri.com/wp-includes/pkv-games/ https://fpboreholes.co.uk/ http://media5.devm.wgt.com/index.html https://myo-seq.org/docs/bandarqq/ https://ginewstvinvestigasi.com/idn-poker/ http://asset.questex.com/index.html http://download.s-cute.com/index.html https://www.blue-pangolin.net/try/parlay/ http://videos.eu.cdn.darebusters.com/index.html http://origin-www.meiamaratonasaopaulo.com.br/index.html https://pgri.or.id/wp-content/uploads/bandarqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/dominoqq/ https://pgri.or.id/wp-content/uploads/pkv-games/ https://gempita.co/wp-content/bandarqq/ https://gempita.co/wp-content/dominoqq/ https://gempita.co/wp-content/pkv-games/